usah berhujah kalau tak punya isi

Posted by si penagih kopi at Tuesday, November 06, 2012 0 comments

Jika kau tak punya peluru hebat
Jangan cuba acukan pistol busuk kau
Apatah lagi berani menarik picu lemah

Kerana aku lebih bersedia terima
Dengan senapang patah aku yang lebih berbisa
Kau sedia terima - aku sedia beri

ps: jgn berhujah kalau kau tak punya isi...

Pelupa itu bukan amnesia

Posted by si penagih kopi at Thursday, November 01, 2012 0 comments
Amnesia

Sekarang aku tengok makin popular penyakit ni
drama korea banyak guna tema sakit ni
film melayu kita pun dah ada tema cam gini
orang pun ramai buat bahan gurau je sakit ni

tapi korang tau kan korang tu pelupa je benarnya
sebab kalau betul sakit gini lain rasa dia
azab orang keliling hadap ko tak tau
sedih nyayat hati bila kau dah tak ingat dia

mari aku ingatkan kalian - kata kata tu satu doa
jadi mari katakan yang baik baik je tuk diri..
aku ingat kan je - yelah kau kan pelupa

orang memang boleh buat gurau bila sendiri tak rasa
yelah sebab kau tengok filem melayu,drama korea cam suwit je kan
ko tak tau apa rasa dia bila semalam dia cinta kau
tapi esok tengok kau macam nampak orang asing
yelah kan keupayaan mengingat dia terbatas

perit oh rasa dia, sedih dan marah pun ada
ingat!! drama kat tv, kat dalam novel tu tak sama
lain benar ngn realiti yang kau hadap
hakikatnya kita kita je yang rasa - paham?

pelupa tu bukan amnesia
amnesia tu lebih teruk dari lupa - get it?

buat kau yang aku kenal dan benar benar amnesiac

aku doa kau cepat sembuh sepenuhnya
tapi bahagian ingatan tentang aku,
padam kuat kuat sampai tak tinggal bekas
sebab aku mungkin masih sama tapi kisah kita tidak
dulu dan sekarang tak ada kesinambungan

demi bahagia yang kau cipta sekarang
dan bahagia yang sedang aku cari
memadan aku di masa silam kau
itulah yang terbaik
 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting