Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

cerita raya

Posted by si penagih kopi at Thursday, August 15, 2013 0 comments
Dulu raya adalah salah satu my life excitement...

tapi semenjak 8 tahun yang lalu...excitement tu dah tak da..TIADA...pergi dah jauh jauh tertanam bersama jasad arwah abah...

since abah pergi raya adalah sama...sama seperti hari hari biasa...sama seperti hari berkumpul adik beradik di hari biasa...

jika dulu raya ada lemang nya ada ketupatnya ada meriahnya ada tawanya ada riangnya sbb cukup lengkap ahlinya...sekarang bukan tak de tu semua...ada tapi kurang rasa dia...makna raya tu tak seperti tahun tahun kebelakangan...

dulu setiap puasa aku pasti bertadarus dengan arwah abah...berlumba lumba ingin khatam quran sebelum berkumandang takbir raya...tapi sekarang sendirian mengaji...ada masa menitis juga airmata...dulu bila takbir dah mula berkumandang arwah abah pasti bertakbir di rumah dulu di sudut mana dia selalu dirikan solat 5 waktunya...dan sekarang ni di mana jua aku beraya bila takbir berkumandang minda pasti terbayangkan susuk tubuh abah dari belakang di sudut sama sedang bertakbir...oh ya dan alunan takbir yang terdengar adalah suara arwah....kronik aku rindukan raya bersama beliau...

dulu abah yang akan pergi mencari daun kelapa pulangnya dia di ajak aku anyam ketupat bersama...hanya aku kegemaran dia tuk menganyam sarung sarung ketupat tu...lebihan daun akan di anyamkan untuk aku bentuk lembu atau pun ketam...dia masih buat itu walau pun masa tu umur aku sudah 20 tahun...

terlalu seronok dan indah saat abah ada...raya jadi meriah sebab mahunya dia menghidupkan suasana raya untuk anak anak...bila dia tak ada...bukan tak ada yang mahu memeriahkan raya...cuma hati aku tak sampai rasa meriah itu...bukan mak tak cukup tuk aku rasa suasana raya tu...cuma pengaruh abah lebih kuat...

aku harap...satu hari nanti raya akan kembali menjadi sesuatu moment yang aku looking forward...In Shaa Allah....
mak with her dotter and son

My First Chocolate Mousse

Posted by si penagih kopi at Tuesday, August 13, 2013 0 comments
Semalam raya ke-5... bangun tido tetiba terdetik nak buat chocolate mousse...terus tanya pakcik google cam ne nak buat since sebelum ni tak pernah buat...

lepas masak hidangan tengah hari ajak anak buah buat choc mousse...senang amat rupanya buat dia...

rupa bentuk setelah di hias hias oleh anak buah adalah seperti di bawah ni..

untuk resepi aku guna Martha Stewart punya. Resepi nya boleh di refer di sini.


my very first chocolate mousse

desserts for raya... trifle and red velvet

Posted by si penagih kopi at Monday, August 12, 2013 0 comments
trifle and red velvet for desserts....

malam raya sempat lagi bake RV dan buat trifle...semua semata mata tuk nak jamu selera anak anak buah di hari raya...oh they love desserts...omnommsss

buat desserts mesti la dengan bantuan...mujur anak anak buah rajin membantu...trifle kita agihkan kakak membantu dan rv si abang pulak yang rela menghulurkan tangan...yeap they like it...tak payah nak paksa..yeayy...

alhamdulillah desserts yang aku buat cepat laku...trifle la yang paling selling fast...sorang anak buah rata rata makan tiga cup la seorang...dan ada permintaan tuk repeat order...oh ya ada yang order trifle tu tuk majlis tunang anak dia nanti....alhamdulillah....
traffic lite trifle and red velvet 
 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting