Salam Syawal

Posted by si penagih kopi at Friday, August 24, 2012
Salam Syawal buat kalian...

Alhamdulillah dah masuk Syawal ke 6. Kerinduan kepada Ramadhan dah pun terasa. Mungkinkah akan bertemu semula dengan Ramadhan? Insya'Allah...

Oh hari ke-6 ni masih ada lagi yang berseronok di kampung halaman dan ada juga yang dah kembali bekerja. For me, masih dalam mood bercuti..dan tahun ni masih seperti rutin hari raya tahun tahun yang sebelumnya...Iaitu...raya pertama harus di Bidor, ziarah kubur arwah abah dan opah...dan meneruskan perjalanan ke kampung Bonda...Alor Gajah...Yer...80% raya pertama adalah dijalan..dan spent 4 hari kat Alor Gajah..dan baki cuti hingaa Ahad ni kita melepak di Pajam...Alhamdulillah...tak der tragedi dan tragis yang berlaku...

Tahun ni fefeeling raya tak berapa nak di rasa...raya lebih meriangkan buat kanak kanak...bagi mereka...raya adalah hari kejayaan sebab berjaya berpuasa...dan pastilah menunggu hari raya kerana...habuan duit raya yang mewah berbanding hari hari biasa...

Well..maksud raya adalah subjektif buat setiap orang...bagi aku..raya hanya terasa di separuh hari raya pertama...berkumpul sekeluarga bermaafan dan pastinya ziarah kubur arwah abah...selebihnya hati terasa sayu mengenangkan keindahan Ramadhan dah pun berlalu...keseronokan bertarawikh...mengaji...nikmat berkumpul berbuka bersama....sedih bila mengenangkan akankah kita miliki Ramadhan yang akan datang? Wallahu'alam...

Sememangnya...Syawal itu adalah kemenangan buat kita yang berjaya mengawal nafsu makan dan menahan diri dari pelbagai godaan...Ramadhan itu bulan suci...dan Syawal itu adalah ganjaran nya...dan Aidilfitri itu sesungguhnya ada lah dimana kita kembali kepada fitrah kita sebagai manusia...Oleh itu, marilah kita kekalkan amalan mulia yang kita lakukan di dalam Ramadhan Kareem...teruskan lah bertadarus...teruskan lah bersolat berjemaah...teruskan lah bersedekah...dan teruskan lah amalan mulia kita itu...dan terus menjaga diri dari melakukan perkara yang mungkar...Allahhu Akhbar

Akhir kata...Selamat menyambut syawal bersama yang tersayang...berhati hati ketika berjalan jalan raya ni ye kalian.. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Sista...I love them..

0 comments:

Post a Comment

 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting