Cheddar Cheese Cake

Posted by si penagih kopi at Tuesday, September 04, 2012
Mak suka cheese, aku suka cheese...akak suka cheese...anak anak buah suka cheese...yeahhh...we love cheese...

lalu Jumaat yang lepas sempena cuti kemerdekaan akak aku ada buat makan makan sikit di sebelah malam bagi meraikan Syawal bersama jenjiran...Aku pun buat la hidangan tambahan yang di beri nama Kek Keju Cheddar...Hermm...sedap sedap orang puji...Happy sebab kek yang di cuba buat dari resepi di ambil dari internet menjadi...Alhamdulillah...tapi sungguh dah lupa dari mana resepi tu di ambil...tapi most of my resepi kek di ambil dari portal Myresepi...oh mungkin juga kek ini dari situ....

Okay since orang akui rasa dia sedap...so nah ni aku nak share resepi kek ini...mari kengkawan...kita cuba :)

Bahan Bahan
- 250g mentega
- 230g gula kastor
- 4 biji telur gred A
- 80g keju cheddar (di dadukan sederhana besar)
- 100ml susu UHT
- 280g tepung gandum
- 1 camca teh baking powder

Cara cara
- Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
- tambah kiub kiub keju dan gaul adunan hingga sebati.
- satukan tepung bersama serbuk baking powder dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loaf tin/loyang yang telah di gris dengan mentega dan di alas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 menit atau sehingga masak.

** boleh juga di taburkan keju parut di atas kek sebelum di bakar.**
Jjannn...ini hasilnya....

nota: akak mintak lagi kek nih...besar kemungkinan akan buat lagi kek ini....buat kalian...Selamat Mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting