My sharpie art piece

Posted by si penagih kopi at Wednesday, August 28, 2013 0 comments

here present you my another piece of sharpie art..

bila bosan amik sharpie pen dan canvas kecik kecik ni...paint and draw...tadahhhh....

doing art is my fav past time..anda bagaimana pula?

my very first grandchild

Posted by si penagih kopi at Tuesday, August 27, 2013 0 comments
let me introduce you my very first grandchild - Adam

yeap...diusia tiga kosong aku dah punya cucu...walaupun anak sendiri pun tak der lagi..hoho

anak arwah abang aku yang kawen dua tahun lepas dah pun melahirkan awal january hari tu...raya hari tu kali ke dua aku jumpa dia.. last jumpa masa anak buah aku tu masih dalam pantang...and now Adam dah 8 bulan...

badan sangat best untuk di peluk dan di gomol..hehehe...oh sedang sabar menunggu tuk punya anak sendiri ~.~!

Buat Adam, wan chu doakan Adam membesar menjadi anak yang soleh.

Sudut kegemaran

Posted by si penagih kopi at Wednesday, August 21, 2013 0 comments
Ya, ini spot kegemaran aku di rumah... boleh di katakan most of the time kat rumah jika tak buat apa apa kerja rumah maka di sudut ini lah aku akan melepak...




sudut ini lah di mana idea untuk menjadi kekonon kreatif itu datang...
sudut tuk merepek ini lah tempatnya
sudut nak merapu ini lah tempatnya
sudut nak berjiwangan sini lah tempatnya
sudut nak syahdu syahdan ini lah juga tempatnya
sudut nak menjadi melankolia pun ini lah juga tempatnya...

kamu juga pasti ada sudut sudut tertentu yang menjadi kegemarankan ^___^

Doa ku buat mu Mesir

Posted by si penagih kopi at Tuesday, August 20, 2013 0 comments
Doaku buat saudara seIslam ku di Mesir

Doaku agar bumi Mesir kembali tenang

Doaku agar yang bergolak kembali reda

Doaku keluarga para pejuang dan yang gugur syahid moga terus tabah
InShaa Allah tempat mereka lebih baik di sana

Doaku agar yang kejam menerima balasan Yang Esa

Doaku agar Allah lempar kan rasa takut dan insaf pada mereka yang jahil dan kejam

Doaku agar Allah memberikan kekuatan pada para muslimin di sana
Agar mereka kuat melawan musuh agama Allah..

Doaku agar tiada lagi berlaku pertumpahan darah
Apatah lagi air mata insan kesayangan



**sedih melihat mereka yang tak berdosa di bunuh begitu saja..tiap kali membaca kekejaman yang berlaku pasti mata berkaca kaca...moga mereka berada di tempat yang terbaik di sana**

cerita raya

Posted by si penagih kopi at Thursday, August 15, 2013 0 comments
Dulu raya adalah salah satu my life excitement...

tapi semenjak 8 tahun yang lalu...excitement tu dah tak da..TIADA...pergi dah jauh jauh tertanam bersama jasad arwah abah...

since abah pergi raya adalah sama...sama seperti hari hari biasa...sama seperti hari berkumpul adik beradik di hari biasa...

jika dulu raya ada lemang nya ada ketupatnya ada meriahnya ada tawanya ada riangnya sbb cukup lengkap ahlinya...sekarang bukan tak de tu semua...ada tapi kurang rasa dia...makna raya tu tak seperti tahun tahun kebelakangan...

dulu setiap puasa aku pasti bertadarus dengan arwah abah...berlumba lumba ingin khatam quran sebelum berkumandang takbir raya...tapi sekarang sendirian mengaji...ada masa menitis juga airmata...dulu bila takbir dah mula berkumandang arwah abah pasti bertakbir di rumah dulu di sudut mana dia selalu dirikan solat 5 waktunya...dan sekarang ni di mana jua aku beraya bila takbir berkumandang minda pasti terbayangkan susuk tubuh abah dari belakang di sudut sama sedang bertakbir...oh ya dan alunan takbir yang terdengar adalah suara arwah....kronik aku rindukan raya bersama beliau...

dulu abah yang akan pergi mencari daun kelapa pulangnya dia di ajak aku anyam ketupat bersama...hanya aku kegemaran dia tuk menganyam sarung sarung ketupat tu...lebihan daun akan di anyamkan untuk aku bentuk lembu atau pun ketam...dia masih buat itu walau pun masa tu umur aku sudah 20 tahun...

terlalu seronok dan indah saat abah ada...raya jadi meriah sebab mahunya dia menghidupkan suasana raya untuk anak anak...bila dia tak ada...bukan tak ada yang mahu memeriahkan raya...cuma hati aku tak sampai rasa meriah itu...bukan mak tak cukup tuk aku rasa suasana raya tu...cuma pengaruh abah lebih kuat...

aku harap...satu hari nanti raya akan kembali menjadi sesuatu moment yang aku looking forward...In Shaa Allah....
mak with her dotter and son

My First Chocolate Mousse

Posted by si penagih kopi at Tuesday, August 13, 2013 0 comments
Semalam raya ke-5... bangun tido tetiba terdetik nak buat chocolate mousse...terus tanya pakcik google cam ne nak buat since sebelum ni tak pernah buat...

lepas masak hidangan tengah hari ajak anak buah buat choc mousse...senang amat rupanya buat dia...

rupa bentuk setelah di hias hias oleh anak buah adalah seperti di bawah ni..

untuk resepi aku guna Martha Stewart punya. Resepi nya boleh di refer di sini.


my very first chocolate mousse

desserts for raya... trifle and red velvet

Posted by si penagih kopi at Monday, August 12, 2013 0 comments
trifle and red velvet for desserts....

malam raya sempat lagi bake RV dan buat trifle...semua semata mata tuk nak jamu selera anak anak buah di hari raya...oh they love desserts...omnommsss

buat desserts mesti la dengan bantuan...mujur anak anak buah rajin membantu...trifle kita agihkan kakak membantu dan rv si abang pulak yang rela menghulurkan tangan...yeap they like it...tak payah nak paksa..yeayy...

alhamdulillah desserts yang aku buat cepat laku...trifle la yang paling selling fast...sorang anak buah rata rata makan tiga cup la seorang...dan ada permintaan tuk repeat order...oh ya ada yang order trifle tu tuk majlis tunang anak dia nanti....alhamdulillah....
traffic lite trifle and red velvet 

Butter cheddar cheese cake for raya

Posted by si penagih kopi at Tuesday, August 06, 2013 0 comments
memang jenis pemalas nak buat kueh raya...taun taun lepas buat sbb anak anak buah nak merasa nak buat kueh raya...jadi sebagai penasihat kekonon memula..sudahnye aku jugak yang kene bancuh dan terap dan bakar...nasib baek cuci mencuci alat alatan tu memang pass balik ke mereka la kann...hehe

serius tak gemar buat kueh raya...sbb nak kene terap satu hal..nak kene masak ulang kali satu hal...yer la satu adunan takkan la sekali ting je kan oven nyer...paling tidak 4-5 kali...ok malas..

bila dah malas beli saja kueh raya...dan telah mengambil keputusan tahun ni kita buat kek saja...buat kek banyak banyak...heeee...

semalam dah start baking dah...kek pertama adalah butter cheddar cheese cake...ommmnommmsss nommsss...

resepi adalah hasil google.. ^___^

Butter Cheddar Cheese Cake



Are you my BFF?

Posted by si penagih kopi at Monday, August 05, 2013 0 comments

well I still not sure whether I do have BFF or not...last time I check it, seems that I do have a few...but recently I feel like I have none...that few feels like just friend.. yeah I'm little bit confuse here.. after all life must go on with our without some one called BFF.

 Don't worry when you are needed you will be reached out. If you are not you are nowhere. Just nowhere!!

Keep telling myself, no matter how people treat you, let's keep calm... and don't get too attached till you feel you are the losing one.

** treat your friend well... don't bad mouth other as we never know how our path will attach to each other in future... it can be the person you bad mouthing before will be the person you closed to.**

House of Pain Series 22

Posted by si penagih kopi at Friday, August 02, 2013 0 comments

House of Pain Series 22


Happy happy happy me....new addition to my be@rbrick collection.

Yeap...this is my latest addiction...weee



kita bukan tuhan kita ada masanya pendosa

Posted by si penagih kopi at Thursday, August 01, 2013 0 comments
Kita semua pendosa...sama sama lari lari menuju Allah.
Kita bukan nabi yang bisa sempura
Dalam perjalanan kita menujuNya di temukan kita dengan pelbagai ragam manusia
Jika di tegur buruk kita ambil saja tegurannya tak perlu kita cari dosanya apatah yang lampau
Jangan jadi tuhan...jangan di nilai dosa pahala syurga neraka orang..sedarlah siapa lah kita
Barangkali dia itu yang Allah hantar untuk kita menjadi lebih baik


Dan yang menegur perlu lah berhikmah..guna cara yang baik..

Tidaklah sama antara kebaikan dengan keburukan itu maka cegahlah keburukan dengan cara yang terbaik...
(Surah Fussilat : 41:34)

Semoga kita sempat sempurna di mataNya sebelum larian kita tamat.

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)  Surah Muhammad 47:19.
        
 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting