bukan saja kita dapat pahala menunaikan solat malah, pernah di riwayat kan "At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu" bahawa barang siapa yang solat di awal waktu akan perolehi keredhaan Allah SWT dan juga di akhjrnya mendapat keampunaan Allah SWT. Bertuah kan kita. Pernah apabila ditanya Sahabat kepada Rasulullah SAW “apakah amalan yang paling utama?” Dijawab oleh Rasulullah SAW, “solat di awal waktu.”
tapi kan ada beberapa lagi kebaikannya yang aku boleh share kan dengan kalian...kalau kita solat seawal waktu..solat pun lebih tenang dan mudah untuk khusuk..ye lah kan kalau dah solat ujung waktu kata orang solat terkejar kejar...sukar nak khusuknya.
lepas tu kalau kita dah solat siap siap senang nak buat ape ape. tak perlu risau terbabas waktu. pastu kalau dulu selalu lengah lengah kan solat bila dah berubah tuk solat seawal waktu...nampak orang lain yang tergesa gesa takut terlepas waktu...kalian pasti akan tersenyum lega..mula mula tu nampak orang gelabah awak pun sure akan tergelabah jugak..."eh tak solat lagi" tapi lepas sedar yang kita dah perform solat awal2 lagi...mesti tersenyum sendiri..terdetik kat hati syukurnya lah rasa...percayalah...persaan itu sangat indah :)
selain tu bagi kaum hawa pula...besar untungnya kalau solat di awal waktu ni...ye lah kita kan ada waktunya tak dapat nak bersolat..ye lah kalau waktu haid kan kita tak boleh nak solat...dan kita tak boleh jangka bila waktu nya haid tu datang kan...mungkin tengah hari mungkin petang atau pun mungkin malam...so kata lah kita kena pukul 3 petang kalau dah siap2 solat awal waktu kan syukur tu. tak la sia sia kita terlepas satu waktu solat. ye betul, marah betul rasa diri ni kalau haid datang sebelum sempat tunaikan solat..terlepas satu waktu sebab melengah lengah kan waktu...rugi kan...
Alhamdulillah...mari kita sesama berusaha tuk menunaikan solat di awal waktu..diri ni masih belajar tuk memperbaiki perangai yang tak berfaedah tu..hari bekerja sukar juga nak menjadi yang terawal, work always hold me back...especially kalau ada meeting....urghhh...okay bad girl..Insya'Allah mari kita berusaha tuk menjadi lebih baik...bila waktu cuti di rumah mari kalian kita cuba untuk menjadi yang terawal menyahut seruan azan. ^_______^
tau tak...perasaan menunggu azan dalam keadaan berwudhu' especially di atas sejadah sangat lah indah.
ayuh mari amalkan doa di bawah ni. Moga Allah SWT perkenankan doa kita. Insya'Allah.
p/s: saya benar benar mahukan seorang imam solat solat saya di rumah...saya mencari ni...sudikah kamu ^____^
0 comments:
Post a Comment