Kata orang cinta itu subjectif
Kita tak rasa apa yang orang rasa
Kita tak nampak apa yang orang lihat
Buruk bagi kau mungkin cantik bagi dia
Hodoh kata kau mungkin itu yang terindah buat dia
Mewah bagi kau mungkin biasa biasa sahaja bagi dia
Wangi kata kau mungkin itu yang paling longkang buat dia
Mahu kita mungkin sama tapi rasa kita berbeza
Usah sekali di pertikai kan mengapa
Si cantik berpacaran dengan si jelik
Si tua merenyam pucuk muda
Itu kan bahagia masing masing
Asalkan cinta indah saja buat mereka
Bahagia mereka bukan kau yang rasa
Hanya mereka saja mengerti apa rasa nya
Doakan sahaja yang baik baik.
#** dan aku masih tercari cari cinta**
0 comments:
Post a Comment