ni bahan sebelum di gaul. |
Suka nak cuba resepi resepi baru....ok mari kali ni kita cuba salah satu korean sidedish.
Sedap...siapa penggemar tuna pasti akan suka resepi nih...harus di cuba...kerana ianya mudah
Resepinya harus di klick di sini :
Bahan Bahannya (untuk 2-3 hidangan):
1 tin tuna dalam air (5 oz: 142 grams), bawang merah, bawang putih, garam, lada hitam, minyak bijan, telur, tepung gandum, dan minyak masak.
Cara Cara:
- Tapis dan keringkan tuna dari air masuk kan di dalam mangkuk.
- Tambah ¼ cawan bawang merah yang di cincang, 1 bawang putih yang di cincang, 1 sudu kecil garam, ¼ sudu kecil lada hitam, 1 telur, 1 sudu kecil minyak bijan, dan 1 sudu besar tepung gandung ke dalam mangkuk berisi tuna dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan kuali leper dan tuangkan 1-2 sudu besar minyak masak.
- Sudukan bancuhan tuna dan letak di dalam kuali leper yang telah di panaskan...
- Masak hingga ke dua dua belah kuning keemasan.
tadaaa...ini hasilnya |
0 comments:
Post a Comment