Senyum lebar lebar.

Posted by si penagih kopi at Sunday, March 27, 2011 2 comments
Syukur syukur syukur alhamdulillah....

Selasa yang lepas saat saat yang di tunggu tunggu telah pun tiba. pengagihan surat chenta. ape ke lagi, dah tentu la surat menentukan berapa bulan korang kene reward kan. pasti korang korang yang keje private sector tunggu bende yang sama kan. kan kan kan ;) alhamdulillah angka yang tetera dalam surat chenta aku sangat memberangsangkan...syukur sangat ke hadrat illahi. angkat dua belah tangan tanda syukur.

selain bonus tahunan syukur sekali lagi aku ucapkan. diri dah di promote kan ke satu level ke atas lagi. dengan increment yang menarik juga. bahagia rasanya diri. alhamdulillah. ini hasilnya keje keras aku tahun lepas.

saat yang best bila dalam bilik bersama HOD (Head of Department) masa nak kasik surat chenta. belum duduk je dia dah wish congrats, melebar je senyum kat muka nih. belum pape dah cakap congrats kan.mesti la sesuatu yang menarik. moment yang paling best bila HOD cakap, "You deserve this, I can see and recognize your hard work last year". seronok gile wok bila dengar orang cakap cam tu. terasa diri di hargai, penat lelah di amik kira orang atasan. teringat aku masa kat company lama dulu, suasana dan perasaan tengok angka dalam surat chenta sangat sangat jauh berbeza. berbeza amat. alhamdulillah berbaloi jugak keputusan aku buat tuk tukar keje.


Ya Allah, syukur kepada mu, kau murah kan lah lagi rezeki kami hamba hamba mu ini. aminnnn....

i : masa tuk reward diri ;)

bonda cepat sehat...

Posted by si penagih kopi at Monday, March 14, 2011
masih penat penat badan nih tapi gembira sket.

gembira sket sebab 2-3 hari bonda duk kat rumah ni nampaknya dia lalu makan. tak banyak la sangat tapi tak der la sesudu nasik je kan. gembira sket tengok dia lalu nak makan. senang sket hati nih tengok dia kat depan mata.

aku layan je selera dia nak makan. tiap kali nak masak aku tanya dia dulu ape dia rasa nak makan.so aku akan cuba masak ikut selera dia. aku bukan hebat masak nih tapi seronok je tengok dia selera nak makan hasil masakan aku.

hari nih aku amik cuti sehari sebab risau lak dia tinggal sensorang. esok je dia tinggal sensoran, hari rabu till jumaat ada akak aku yang kat kajang tu datang masak dan makan tengah hari ngn dia. ada la teman dia masa aku pegi keje nanti. acik cakap dia akan datang teman bonda sampai ler ke petang. pastu aku dah balik. dah tak der hal dah. kira ok lah kan. harap bonda tak pape lah tinggal sensorang kejap esok.


i : henbokke...adik gembira sket tengok bonda nih.
ii : bonda makan banyak sket...

cuti sekolah tiba lagi

Posted by si penagih kopi at Friday, March 11, 2011 0 comments
wehooo...cuti sekolah. yabeda bedooo....hahaha excited cam kanak-kanak sekolah lak eh.
bukan ape aku excited sebab tiap cuti sekolah mesti bonda akan datang duk ngan aku. makanya ada la teman aku nak sesembang kat rumah nih. teman aku nak gurau gurau. teman aku makan tengok tv dan juga teman tidur.

tapi kali ni bonda masih tak sehat, so risau jugak aku kalau mak sakit masa dia tinggal sensorang masa aku pegi keje. risau gak dia makin tak lalu makan. sedang kan kat rumah akak aku yang terror masak pun dia tak lalu. nih pulak kat rumah aku yang selalunya masak cincai cincai ni je kan.semua tu aku amik kira. semua tu aku sebab kan keseronokan aku pasal bonda ada kat rumah cam kurang.

tapi semalam tanya bonda. sama ada dia nak datang ke tidak. dia lak leh tanya aku

aku : omma[aku panggil bonda cam nih sekarang] nak datang rumah adik tak?
bonda : adik nak ma tak? [dia tanya aku cam nih pulak]
aku : nak.....mesti la adik nak kan...

mane lak aku tak nak dia kan. tiap cuti sekolah le aku tunggu. tapi kali ni aku risau sebab dia tak sehat. lepas discuss ngn sista sista yang lain. aku akan amik juga bonda datang rumah. aku akan bawak dia pegi jumpe doc feveret aku. mintak consultasi dari doc. lepas tu aku cuba nak masak ikut selera dan kehendak dia.

ouh ouh ouh omma...adik tak sabar nak omma datang rumah duk adik..


i : harapnye bonda duk rumah aku dia ada selera sket nak makan
ii : bonda cepat sehat. adik sayang bonda seluruh dunia.

Penat yang amat penat

Posted by si penagih kopi at Thursday, March 03, 2011 0 comments
Korang penah rasa penat amat tak? last February boss aku pegi bercuti ke Taiwan selama 2 minggu. lama kan, setengah orang boss tak der kat opis boss, pegi bercuti rasa cam merdeka amat kan. tak rasa stress, rasa rileks...ye lah kan boss tak der, tak der orang pantau keje korang kan, tak der orang yang observe ape korang buat. buat keje rileks rileks, rest kejap sembang2, surf laman sesawang yang tak berkaitan ke kan...kan..kan... tapi aku lain weh...boss tak der, azabnyer lah hidup aku kat office. sungguh..aku tak tipu. sebab masa boss aku pegi bercuti tuh time renewal satu client yang sangat lah kekwat nyer okay!!! client yang sangat banyak songeh!!!..so semua bende aku kene cover tuk memastikan renewal client kekwat nih berjalan dengan lancar.pastu dalam masa yang sama semua client punya issue pun nah atas bahu aku..aku la nak kene take care semua tu. tak cukup ngn keje sendiri kene jugak cover keje boss. nah tau la ko kan pasal ape aku kata hidup aku kat office tanpa boss sangat la tak indah.

2 minggu tu hidup aku agak tunggang langgang. keje tak sempat nak siap kat office, angkut bawak balik rumah, ada harinya sampai kul 3 tido kul 5 dah bangun. makan pun ikut dan.stress berganda ganda, akibat nya gastrik melanda. tapi gagah jugak pegi keje. sebab aku tak leh nak fikir nak amik MC ke EL. sebab aku rasa selagi leh gagah keje aku keje. so bila boss balik je rasa cam lege gile. masa tu la aku rasa cam happy semacam.

ape yang bertambah tambah penat aku bila lepas je penat dari boss aku cuti 2 minggu tu.bonda lak tak sehat. bahu dia sakit sampai effect dia jadi tak lalu makan. bila dia tak lalu makan tapi kene makan ubat kencing manis dia. akibatnya dia slalu la kene pedih hati. sungguh aku cakap hati aku tak senang, tido tak usah cakap la, patutnya aku boleh tido ngn lena sbb boss dah balik tapi nak lelap mata ni susah, bila dah lelap kerap la terjaga. terjaga je teringat bonda kat rumah. haih mana tak nyer setiap malam bila telepon dia, dia kata tak lalu nak makan, tengok makanan rasa cam nak muntah, paling banyak pun sesudu nasik je dia makan, pastu beskot 2-3 keping je. sape tak susah hati kan bila dengar mak dia cam tu. akibatnya pegi keje, otak aku tak berapa nak focus, mind aku melayang ntah kemana-mana. seb baik boss aku paham.[aku cite je kat dia pasal bonda].

penat...penat...penat...sungguh aku cakap badan aku penat sangat. sampai menstruasi aku pun terganggu. patut dah datang tapi tak jugak datang.mungkin sebab penat dan terlebih stress.aku bukan nak complain sebab aku penat just aku nak share ngn korang je.

i : sebenarnya bukan senang nak act as boss.buat decision yang sepatutnya boss buat.
ii : bonda cepat sehat bonda, adik sayang bonda seluruh dunia.
 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting