Nasi impit kuah kacang

Posted by si penagih kopi at Monday, January 21, 2013
Yeah....ahad lalu sarapan aku bertemakan hari raya.. Hari sabtu sebelumnya ketika di kedai secara spontan idea nak bersarapan tema hari raya...
Lalu terus capai nasi impit segera, kacang tanah dan beberapa bahan yang lain...hati dah tekad esok mahu sarapan kuah kacang...

Percaya atau tak...inilah pertama kali dalam hidup aku buat kuah kacang...percayakan!!

Yeah...tahun dua ribu tiga belas satu lagi resepi tekak melayu yang berjaya aku belajar dan buat...dan alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan...

Aku memang dah berniat tahun ni aku nak master masakan tekak melayu nih... Setakat tengah January ni aku dah pandai buat laksa, gulai nenas tulang ikan masin, kuah kacang, terung bulat masak rempah bersama tulang ikan masin dan ketam bercili....

Memang dah terlambat sangat nak pandai masak bende bende tu kan....tapi nak buat camne kesedaran tu sampai lambat...hehehe..


Serapan tema hari raya - Nasi impit kuah kacang
 
Yang bawah ni pula yang aku masak tuk makan tengah hari semalam..Alhamdulillah bonda dan akak akak aku suka...boleh di makan =)

Top to bottom - kacang panjang goreng,terung bulat dan tulang ikan masin, ketam bercili



0 comments:

Post a Comment

 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting