layan showcase 2AM

Posted by si penagih kopi at Tuesday, May 31, 2011 0 comments
i am crazy about k-pop...yeah this year 2011 ni aku sangat suka kan k-pop scene. haih terkena dari pengaruh rakan tak sebaya betul. after crazy bout Lee Seung Gi, aku tertarik dengan the most famous balad group dari korea nih. nama group mereka adalah 2AM. ah nampak sangat genre music kesukaan dah berubah..apakah tanda nya itu... ^^

follow all their songs, hafal okay lagu lagu mereka. cayalah boleh nyanyi lagu korea.dan masa tengah sangat meminati lagu lagu mereka, berharap sangat mereka datang sini perform. ye la kan nak kesana cam mahal amat. tak mampu oh. so berharap je la...yang mereka akan datang Malaysia nih.

dan.....dengan tak disangka sangka tetiba dapat tau mereka akan datang ke Malaysia untuk buat showcase. aihhhh bagai bulan jatuh ke riba dan bagai mimpi jadi nyata. last 2 weeks 2AM datang Malaysia buat fan meeting dan showcase. apelagi memang aku tak lepas kan peluang yang ada. yeah aku pergi ke showcase mereka dan buat pertama kalinya la aku rasa bersesak sesak ngn fangirl korean group nih..lol.rata rata muda remaja okeh :p eh aku pun masih muda lagi kan kan kan :p thanks to Digi dan juga Universal Music Malaysia yang bawak 2AM nih datang perform kat Malaysia.

well on that day aku tak bawak camera pon so semua gambar berharap kan cik baya punya kamera...dan till now aku tak rasa dia dah upload. so tak dapat la aku nak upload sangat kan gambar gambar yang ada. tapi since aku tak bawak kamera. dengan berbekalkan muka kurang malu nih..aku keep panggil orang orang yang cover citer pasal 2AM nih. asal aku nampak orang bawak kamera yang gedabak besar tu pastu pakai tag media ke digi ke...aku panggil la mereka tangkap gambar aku. dan aku berjaya jumpa satu gambar aku yang berjaya di muat naik kan di website mereka. kekekeke...
image from Hot Magazine

overall aku memang puas hati pegi showcase mereka. suara memang sedap macam yang aku dengar hari hari kat mp3. tak tipu.puas hati. thanks to cik baya sebab sudi teman aku tengok 2AM.

currently suka kan B2st nyer lagu lagu pula...

i am ignoring you...

Posted by si penagih kopi at Monday, May 30, 2011 0 comments
to whom it may concern....

i am un-friend with you in Facebook and totally remove you from my friend list. not replying all your text message. please take note this is new me towards you. this is me who is ignoring you. i did all this because afraid that i can't take control of my own heart and ignoring my logic mind.

once i used to like you...even fallen for you. it takes me some times to heal and totally forget bout the painful moment you put me through and i have no choice to get through it. it was a painful moment. and do not wish to repeat it again.

so this is me.asking you to stop contacting me again. i never wish and never hope for you to come back again. so this is me asking you...please...jebal...leave me alone. i never plan to get my heart hurt again...
after all....thanks for understand me.

Trip to Singapore

Posted by si penagih kopi at Sunday, May 15, 2011 1 comments
mari update cerita pasal Singapore. woh dah sebulan berlalu baru sempat nak update. bukan ke sebulan yang lepas aku masih berada dalam mood malas nak update blog. okay since sekarang dah ada mood kembali mari update. tho dah sebulan berlalu kan tapi kira okay lah jugak dari aku padam terus :p

pergi 4 hari 3 malam ke Singapore. dah banyak kali terasa nak pegi sudah nya kali ni baru jadi pegi nyer. pegi dari hari Jumaat hingga hari Senin. Duk 2 hotel, 2hari hotel Santa Grand Bugis dekat dengan Bugis Street dan 2 hari lagi duk dekat Hotel Hard Rock. okay tipu mana ada duit nak duk hotel hebat cam tu kan :p 2 hari lagi tu duk hotel ape ntah lupa nama dia, tapi located dekat dengan Clark Quay. Okay mari layang gambar lah.. tapi coz gambar banyak sangat, semua gambar telah di collage kan.

Day 1 : naik Tiger Airways pukul 10.30 pastu sampai dalam pukul 12 lebih. di jemput my SG team mate. nice tak payah susah2 carik public transport kan ;) check in kat hotel then terus pegi carik makan dekat Central shopping complex.dekat clark quay, lepas tu cuba the famous bubble tea dekat SG. claim to be most famous "Koi" and yeah it taste good. then proceed to Chinatown. dekat sini kalau nak beli souvenir memang elok la..cheap dan banyak pilihan. then malam dinner bersama sama team SG yang lain. ouh nice and spicy seafood. thanks ya all.
Day 2: the most fun and full of excitement day. we go have fun and play dekat SG Universal Studio. kami amik whole day pass and it cost us SGD72. jangan tanya berapa dalam RM korang pandai pandai la convert sendiri yer...agak mahal tapi berbaloi for me. really have fun kat Universal Studio. layan gambar kat bawah eh. banyak gak cartoon character yang kami jumpe. kalau korang semua pegi sana pasti kan cuba semua jenis ride yang ada okay baru seronok. ;) pastu kalau korang pergi time weekend malam nyer boleh enjoy fire work performance. ouh ya most recommended dan mesti cuba adalah their waterworld performance. memang superb. lagi bagus masa tengok performance duduk dekat blue zone (soak zone) gerenti basah tapi memang puas hati.Day 3: akibat kepenatan dari seharian berjalan semalam, we start our 3rd day slightly late. hari ke 3 nih adalah hari berjalan kaki.most of the time berjalan ke semua tempat. banyak gak tempat yang kami cover. tapi tu lah kan kat Singapore nih banyak tempat nyer shopping complex lah kan...so we all jalan la pegi tengok tempat tempat nih. orchard road lah, dan few places lah. jalan sampai malam. pastu malam tu lak kami pegi marina bay sands. naik atas kat skypark a.k.a space ship. nak naik atas kene ada tiket. tiket berharga SGD20. dari atas boleh nampak Singapore di waktu malam. ok memang menarik tapi nothing much we can do kat atas tu selain tengok pemandangan bawah. tapi kalau nak ejoy their restaurant and pool kene stay kat hotel derang. since we are not, so kami just boleh tengok2 jer lah...but its okay at least we all dah naik atas tu :pDay 4 : last day bangun sangat awal hari nih sebab konon nak pegi breakfast ngn kawan kami yang keje kat SG. tapi somehow tak jadi coz something happened to that fren. so kami terus kan perjalanan dengan melawat my SG team kat office mereka. nice to meet them in person. all this while deal via chat, email and phone je kan. ;) dan sudah tiba waktu pulang kembali ke Malaysia. flight pulang pun amik tiger airways dan berlepas dalam pukul 5 lebih kurang.
okay aku discover aku tak boleh fly dengan tiger airways. naik je kepala pusing. tak tau nape. tapi pegi balik pening. Singapore aku suka tengok public transportation derang. bus bayak dan kerap. teksi pun berlambak dan semua guna meter, tak der pun macam pakcik2 teksi kat KTM komuter kajang tuh...dekat pun charge sepuloh hengget. pastu subway dekat Singapore well connected. dan boleh dikatakan semua shopping complex derang ada station MRT. okay kita tunggu MRT Malaysia siap lagi 5 tahun. banyak shopping complex covered kan.

tapi aku tak suka public toilet derang, sebab derang tak der paip air *.* tapi kan tho tak der paip air, most toilet yang aku pergi keadaannya adalah bersih. hermmmm.....berbeza sungguh kat sini kan.

SG banyak coffee shop..yummeh dan juga banyak dessert shop. woh seronok senang nak mendapat kan coffee dan juga dessert yang yummeh.

ok aku rasa ni je lah kot aku leh update korang tuk Singapore trip aku last month. next vaccay kat mana pulak yeah..i have one place in mind but tak mau share lagi as tak confirm lagi. but for now dah kene start menabung tuk next trip ;)

p/s : mungkin akan datang lagi kot kat Singapore nih :p

dugaan di panas hari

Posted by si penagih kopi at Sunday, May 15, 2011 0 comments
cuaca masih panas. dan cuaca panas nih buat aku tak tahan pulak ngan rambut panjang. mula la rasa cam nak kerat balik rambut nih kasik pendek balik. wohoooo

Tapi kan, aku dah janji dengan diri sendiri nak simpan rambut panjang, nak rasa gak berambut panjang kan. sebab aku asyik bila rambut panjang sket je, kasik kerat, panjang sket je, kerat. so since awal tahun hari tu simpan niat berazam nak rambut panjang. tengok cam ne kene ke tak ngan aku..tahan ke tak nak berambut panjang. sampai bila? haha cakap ngn diri sendiri nak simpan panjang sampai kawen. sebab senang nanti tak yah nak sibuk2 pakai wig bila nk kawen nanti... :p jangan tanya bila aku nak kawen.hahahah sebab aku pun tak tau bila. dan aku tak tau la sampai panjang mana la rambut aku nih nanti.

persoalannya, bila berazam, simpan niat senang je kan nak cakap. akan tetapi bila nak laksanakan tu tak la sesenang cakap. nak pulak ader je dugaan kan. haishhh...nih la sekarang nih, cabaran panas sedang menduga.dah la aku nih memang tak tahan ngan rambut panjang sikit. tapi kan dah janji... kene tahan la sikit. tapi mampu ke bertahan nih...hehehe...

tapi kan korang rasa aku nih sesuai rambut panjang ke pendek. ada kata pendek memang kene ngn aku. tapi ada lak kata elok panjang leh sorok pipi pipi terlebih aku nih...hehehehe...nih kat bawah nih ada gambar, korang rasa mana yang sesuai. tapi yang panjang tu tak le panjang mana kan...tapi bagi aku tu dah panjang dah dari biasa. :p


p/s : korang rasa mana yang sesuai eh?
~jal issoyo~

Panas yang terik

Posted by si penagih kopi at Saturday, May 14, 2011 0 comments

panas panas kepanasan. cuaca sekarang memang la tak tertahan panasnya. peluh menitik leleh leleh.

since last weekend lagi cuaca panas semacam. terik yang amat. dah la rumah tinggi kan. atas sekali pulak tu dan tak der pulak di lindungi mana mana bangunan lebih tinggi. wah purfact....kepanasan yang secara langsung dan dekat. coz of too hot aku nak drive keluar pun tak larat dengan keterikan cahaya matahari yang cam nih. lalu aku duk kat rumah je lah.

whole day Sat aku duk melepek dekat hall, pasang kipas siling dan stand fan skali aku bukak, but still panas masih terasa. peluh masih keluar. ni baru panas dunia je kan...dah tak tahan..hermmm...cam ne lah agaknye panas neraka. oh oh doa banyak2 trip akhir aku nanti tak lencong ke sana. amin....

seriously cuaca yang panas buat aku lagi malas nak keluar walaupun bahan dapur dah makin berkurangan. so aku masak makan ape je yang ada kat dapur tu. kira nasib baik la ada stock sket sket kan...so kira ok lah. tapi last Sun aku asyik memerap kat dalam bilik, duk pasang aircond je lah kan...siap kau nanti bil letrik bulan nih...nanges kau nak bayar nanti :p

sepanjang minggu nih memang terasa kepanasan nya. lagi sedap menambah sengsara panas kejadian Selasa lepas, after balik dari gym aku tengok 2 block kat apartment aku nih gelap gelita. ah sudah, dah la masa tu pukul 9 malam. gelap yang amat. rupanya ada masalah ngn fius dan ia punca black out. nasib badan malam tu aku tido dalam gelap dan panas ya amat. setiap jam aku terjaga dan setiap jam tu la aku rasa nak nanges sebab rasa macam lambat sangat masa nih berlalu. esok nya pergi keje pun, pakai bedak tudung semua aku buat dalam aircond.

rupanya black out tu bukan hari tu jer. kene lama, kene 3 hari kau, baru orang dapat ganti fius dan betul kan apa yang tak betul. seb baik la aku nih ada rumah akak akak yang dekat. so 3 hari tu aku merempat la kat rumah akak aku. tido sana. bagus juga kan sebab aku dah lama tak jumpe anak anak buah aku tu.

wah....panas panas...go away come again another redup day...hahaha...dan panas cam ni lah banyak menguji kesabaran kita kan. so harap kalian kalian semua dapat terus bersabar dan bertabah dengan dugaan nih.


p/s : masa panas panas nih lah menduga keinginan aku nak simpan rambut panjang. panjang ke pendek? woh....bertahan lah aku harapnye.
~jal issoyo~

change layout lagi

Posted by si penagih kopi at Thursday, May 12, 2011 1 comments
asyik asyik tukar layout. dah bosan layout sebelum nih...tu yang gatal tangan gi tukar layout lain.

dah cuba nak guna layout yang kaler kaler lain...but doesn't feels suit me. sudah nyer hitam jugak yang berkenan. so back to black...go black.

hope u all suke la tengok lay out baru nih yer... ^.^ wink wink...


p/s : shower me with love <3<3
~jal issoyo~

Kesian encik blog

Posted by si penagih kopi at Tuesday, May 10, 2011 0 comments
aiseh....aku ada blog rupenye....

kasihan kamu blog asyik di abai terabai...macam dah banyak kali je berazam konon nak religiously update blog nih...

maap encik blog...saya akan cuba curah kan kasih sayang saya kat awak sebaik mungkin yer...


note to encik blog : saya mungkin abai kamu tapi saya masih ingat yang saya ada encik blog.
 

repekan si penagih kopi Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting