mari update cerita pasal Singapore. woh dah sebulan berlalu baru sempat nak update. bukan ke sebulan yang lepas aku masih berada dalam mood malas nak update blog. okay since sekarang dah ada mood kembali mari update. tho dah sebulan berlalu kan tapi kira okay lah jugak dari aku padam terus :p
pergi 4 hari 3 malam ke Singapore. dah banyak kali terasa nak pegi sudah nya kali ni baru jadi pegi nyer. pegi dari hari Jumaat hingga hari Senin. Duk 2 hotel, 2hari hotel Santa Grand Bugis dekat dengan Bugis Street dan 2 hari lagi duk dekat Hotel Hard Rock. okay tipu mana ada duit nak duk hotel hebat cam tu kan :p 2 hari lagi tu duk hotel ape ntah lupa nama dia, tapi located dekat dengan Clark Quay. Okay mari layang gambar lah.. tapi coz gambar banyak sangat, semua gambar telah di collage kan.
Day 1 : naik Tiger Airways pukul 10.30 pastu sampai dalam pukul 12 lebih. di jemput my SG team mate. nice tak payah susah2 carik public transport kan ;) check in kat hotel then terus pegi carik makan dekat Central shopping complex.dekat clark quay, lepas tu cuba the famous bubble tea dekat SG. claim to be most famous "Koi" and yeah it taste good. then proceed to Chinatown. dekat sini kalau nak beli souvenir memang elok la..cheap dan banyak pilihan. then malam dinner bersama sama team SG yang lain. ouh nice and spicy seafood. thanks ya all.
Day 2: the most fun and full of excitement day. we go have fun and play dekat SG Universal Studio. kami amik whole day pass and it cost us SGD72. jangan tanya berapa dalam RM korang pandai pandai la convert sendiri yer...agak mahal tapi berbaloi for me. really have fun kat Universal Studio. layan gambar kat bawah eh. banyak gak cartoon character yang kami jumpe. kalau korang semua pegi sana pasti kan cuba semua jenis ride yang ada okay baru seronok. ;) pastu kalau korang pergi time weekend malam nyer boleh enjoy fire work performance. ouh ya most recommended dan mesti cuba adalah their waterworld performance. memang superb. lagi bagus masa tengok performance duduk dekat blue zone (soak zone) gerenti basah tapi memang puas hati.Day 3: akibat kepenatan dari seharian berjalan semalam, we start our 3rd day slightly late. hari ke 3 nih adalah hari berjalan kaki.most of the time berjalan ke semua tempat. banyak gak tempat yang kami cover. tapi tu lah kan kat Singapore nih banyak tempat nyer shopping complex lah kan...so we all jalan la pegi tengok tempat tempat nih. orchard road lah, dan few places lah. jalan sampai malam. pastu malam tu lak kami pegi marina bay sands. naik atas kat skypark a.k.a space ship. nak naik atas kene ada tiket. tiket berharga SGD20. dari atas boleh nampak Singapore di waktu malam. ok memang menarik tapi nothing much we can do kat atas tu selain tengok pemandangan bawah. tapi kalau nak ejoy their restaurant and pool kene stay kat hotel derang. since we are not, so kami just boleh tengok2 jer lah...but its okay at least we all dah naik atas tu :pDay 4 : last day bangun sangat awal hari nih sebab konon nak pegi breakfast ngn kawan kami yang keje kat SG. tapi somehow tak jadi coz something happened to that fren. so kami terus kan perjalanan dengan melawat my SG team kat office mereka. nice to meet them in person. all this while deal via chat, email and phone je kan. ;) dan sudah tiba waktu pulang kembali ke Malaysia. flight pulang pun amik tiger airways dan berlepas dalam pukul 5 lebih kurang.
okay aku discover aku tak boleh fly dengan tiger airways. naik je kepala pusing. tak tau nape. tapi pegi balik pening. Singapore aku suka tengok public transportation derang. bus bayak dan kerap. teksi pun berlambak dan semua guna meter, tak der pun macam pakcik2 teksi kat KTM komuter kajang tuh...dekat pun charge sepuloh hengget. pastu subway dekat Singapore well connected. dan boleh dikatakan semua shopping complex derang ada station MRT. okay kita tunggu MRT Malaysia siap lagi 5 tahun. banyak shopping complex covered kan.
tapi aku tak suka public toilet derang, sebab derang tak der paip air *.* tapi kan tho tak der paip air, most toilet yang aku pergi keadaannya adalah bersih. hermmmm.....berbeza sungguh kat sini kan.
SG banyak coffee shop..yummeh dan juga banyak dessert shop. woh seronok senang nak mendapat kan coffee dan juga dessert yang yummeh.
ok aku rasa ni je lah kot aku leh update korang tuk Singapore trip aku last month. next vaccay kat mana pulak yeah..i have one place in mind but tak mau share lagi as tak confirm lagi. but for now dah kene start menabung tuk next trip ;)
p/s : mungkin akan datang lagi kot kat Singapore nih :p
Welcoming 2021
3 years ago
1 comments:
singapore best sbb byk pokok jugak. sejuk mata memandang! hehe!
Post a Comment